ANTARA VIRUS BERBAHAYA !!!


Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986 sehingga tahun 2009, anda boleh lihat di bawah dan berhati–hati dengan kewujudan virus–virus ini. :-)

Brain, 1986


Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini, ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Jerusalem- 1987

Ini merupakan antara salah satu virus MS-DOS yang terawal dalam sejarah dan telah mengakibatkan malapetaka yang besar dimana kesannya dapat dilihat di kebanyakan negara, universiti dan syarikat yang besar. Pada Jumaat 13 1988, virus ini berjaya merebak ke beberapa institusi di Eropah, Amerika dan Timur Tengah. Virus ini secara tak sengaja digelar “Jerusalem” selepas menyerang salah satu lokasi di timur tengah- University Jerusalem.


Morris a.k.a “Internet Worm”- November 1988

Virus ini telah menjangkiti lebih kurang 6000 sistem komputer di US termasuk Lembaga kajian Nasa yang telah berjaya dilumpuhkan buat seketika pada suatu masa dahulu. Kerana kod yang tidak menentu, worm berjaya menghantar berjuta-juta salinan dirinya ke komputer dalam rangkaian yang berbeza dan berjaya melumpuhkan kesemua sumber network. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Morris dianggarkan mencapai $96 juta.


Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan-bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.

Solar Sunrise- 1998

Satu dekad kemudian, situasi tetap tidak berubah malah menjadi lebih teruk. Menggunakan virus komputer, hacker, pada tahun 1998, menembus dan mengambil alih lebih dari 500 sistem komputer milik tentera, sektor kerajaan dan swasta US. Kesemua situasi digelar Solar Sunrise selepas kerentanan popular di komputer yang menjalankan sistem operasi yang disebut sebagai Sun Solaris. Awalnya serangan itu dipercayai dirancang oleh koperasi di Iraq. Tetapi akhirnya insiden tersebut telah terbongkar dan ia merupakan karya dua orang remaja Amerika dari California. Selepas serangan yang berlaku, Jabatan Pertahanan US mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan insiden yang sama di masa hadapan.


Melissa, 1999


Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang.  Buat pertama kali dunia pengkomputeran diperkenalkan dengan virus komputer terbaru yang digelar ‘Melissa’ pada 26 Mac 1999, ketika virus tersebut mematikan sistem mel internet, dimana ia disekat dengan e-mel yang dijangkiti dengan worm.

Virus komputer Melissa ini dibangunkan oleh David L. Smith di Aberdeen Township, New Jersey. Setelah diberkas, David dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara persekutuan dan diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $5000. Penangkapan David telah diwakili oleh kolaborasi FBI, New Jersey State Police dan Monmouth Internet. 


ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya. Menggunakan kaedah yang serupa seperti Melissa, virus yang digelar ‘I Love You’ ini berjaya menjangkiti berjuta-juta komputer di seluruh dunia dalam satu malam sahaja! Tapi akhirnya pencipta virus ini berjaya dikesan. Penciptanya adalah seorang mahasiswa berwarganegara Filipina. Mahasiswa tersebut dibebaskan kerana Filipina tidak mempunyai undang-undang untuk mencegah hacking dan penyebaran Malware. 


Code Red Worm- Julai 2001

Ini merupakan virus komputer pada abad ke-21 yang berjaya menembusi puluhan ribu sistem yang menjalankan Microsoft Windows NT serta perisian Windows 2000 Server. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Code Red dianggarkan mencapai jumlah kesuluruhan $2 Billion. 

Nimda- 2001

Tidak lama selepas tragedi 11 September, virus ini menjangkiti beratus ribu komputer secara meluas. Nimda telah diklasifikasikan sebagai salah satu virus yang merumitkan kerana ia mempunyai 5 cara untuk menjangkiti dan memusnahkan sesebuah komputer itu. Berasal dari perkataan “Admin” yang diterbalikkan menjadi “Nimda”.


Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.


MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.


Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.

Downadup- 2009

Yang terbaru dan 
merbahaya ini merupakan “Downadup worm” juga dikenali sebagai “Conficker”. Syarikat keselamatan komputer, F-Secure mencatakan bahawa virus ini telah menjangkiti 3.5 juta komputer di seluruh pelusuk dunia. Program malicious ini berupaya untuk disebarkan melalui “Patched Windows Flaw”. F-Secure juga menyatakan bahawa terdapat tiga negara yang paling banyak terkena impak virus ini iaitu, China, Brazil dan Rusia.
HANAFIAHMACHIK_FIEDAAHLIT@811031920118.COPYRIGHT.LOVE