~KhUrAfAt~

ok...pg tadi penat bergotong-royong kan...ptg lak menghiburkn diri lak..hihihi...JOM G BPMALL...tgk movie KHURAFAT...adeiii..1st time ni tgk cte hantu melayu....tp rmai kwn2 ckp cye ni mmg best..x rugi bli tiket...hah...best ke???...perh..soklan x nk panas kn...hahahaha.... niat kt hati seriously nk tgk gk..nk tgk best sgt ke khurafat ni....kebetulan lak de org nk blnje tgk movie hari ni...hahaha...spe org nye???shhhhhh......rhsie la der...hahahaha....so...penat cm ne pon..aq gagahkn jgk la kple lutut n mate aq ni utk g bpmall...hihihihihi..panatang de org blnje, pe sje pon boley....hahahah...k...skg ni aq nk kongsi la sipnosis psl movie ni....

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

bg pendapat aq plk la kn...movie ni....cerita dia memang best la. tp bukan tahap best gile oke. serius, ada kelainan dari filem2 seram yg lain. banyak tanda tanya. dan penonton tak banyak terkejut. ye, syamsul ada ckp tak letak muzik yg tekejut2 kan tu. hehe. oke. ada part lawak cikit. tang picture arwah “kamal”. hahaha . penonton gelak :p. syamsul ! jalan cerita da oke. part last tu buat penonton mengeluh dan pelik. hehe :)dan hantu yang nak masuk tingkap memang serammmmmmmmmmmmmmm ! 

No comments :

Post a Comment

HANAFIAHMACHIK_FIEDAAHLIT@811031920118.COPYRIGHT.LOVE